Kelebihan Puasa Hari Arafah 9 Zulhijjah

Kepada rakan muslim, Hari Arafah (9 Zulhijjah ) iaitu ESOK (23 September 2015 - RABU) adalah hari yang terbaik untuk berpuasa. Sama-sama kita bersedia untuk berpuasa sunat. Nabi SAW bersabda tentang kelebihan hari Arafah :

"Tiada hari yang lebih banyak Allah membebaskan hambanya (dari api neraka) sebagaimana pada hari Arafah" (Riwayat Muslim).



Nabi SAW juga apabila ditanya tentang kelebihan berpuasa pada hari Arafah ini menjawab, "ia menghapuskan dosa yang lalu dan tahun kemudiannya." (Riwayat Muslim)
matannya : ( يكفر السنة الماضية والباقية)



Kredit: Ustaz Zaharudin

0 comment... add one now

Pihak EELLEEBEAUTY sangat menggalakkan komentar dari para pengunjung di ruangan komen yang disediakan. Namun kami berharap para pengunjung dapat memberikan komen yang positif dan mengelakkan komen berbaur politik atau perkauman. Segala komentar yang dilontarkan adalah pendapat peribadi pengunjung tersebut dan tiada kaitan dengan pendapat kami.