Perlukah anda risau jika bayi suka menghisap jari?



"Tindakan bayi menghisap jari tangan bukanlah disebabkan oleh lambat memberikan susu kepadanya. Menurut kajian, ia adalah tindakan refleks bagi bayi yang normal. Banyak lagi tindakan refleks yang lain selain menghisap jari tangan seperti jari kaki, mengerutkan jari-jari kaki apabila ditekan tapak kakinya atau menggenggam jari jemari kita apabila kita merasa tapak tangannya dengan jari-jari kita. Itu adalah permulaan kepada pergerakan-pergerakan yang lain seperti meniarap, merangkak, memasukkan benda yang dicapainya ke dalam mulut dan banyak lagi pergerakan apabila mereka semakin membesar nanti. Jangan terkejut pula apabila puan akan merasai sendiri dan melihat bagaimana seorang bayi membesar menjadi dewasa. Ia adalah suatu perasaan yang tidak dapat digambarkan dengan perkataan dan amat menakjubkan."   Pa&Ma

Alhamdulillah, Aliff sekarang dah nak masuk usia 3 bulan. Hobinya sekarang ialah suka menghisap jari. Hampir kesemua sepuluh jari nak dimasukkan ke dalam mulut. Nampak syok sangat Aliff ni duk menghisap jari.



Kalau mommy alihkan pun masih tetap nak masukkan jarinya sambil tersentum-senyum. Aish, agak-agak rasa manis ya jari tu. Hehe.



Tengok Aliff sedang hisap jari sekarang teringat  masa buat scan 4d ketika usianya 28minggu dalam kandungan. Masa dalam kandungan lagi rupa-rupanya baby dah menghisap jari.



Pada mulanya Yana agak risau juga. Tapi menurut doktor, ianya normal. Jadi ibu-ibu tak perlu risau dengan bayi yang suka menghisap jari sebab dia akan berhenti dengan sendiri.

0 comment... add one now

Pihak EELLEEBEAUTY sangat menggalakkan komentar dari para pengunjung di ruangan komen yang disediakan. Namun kami berharap para pengunjung dapat memberikan komen yang positif dan mengelakkan komen berbaur politik atau perkauman. Segala komentar yang dilontarkan adalah pendapat peribadi pengunjung tersebut dan tiada kaitan dengan pendapat kami.