Aktiviti Homeschooling untuk bayi berusia 3 bulan

Hola. 

Assalamualaikum semua. Di media sosial, sudah banyak ibubapa yang menunjukkan minat untuk mengadakan aktiviti homeschool untuk anak-anak mereka. Dengan bantuan kadar penembusan jalur lebar yang tinggi, ibubapa di Malaysia dapat mengikuti perkembangan dan perkongsian dari rakan mereka di seluruh dunia dengan efektif. Aktiviti homeschooling yang telah lama dipraktikkan oleh dunia barat kini mula diterima baik di Malaysia. Tidak kurang juga ada pihak yang menyediakan sukatan pelajaran 'homeschooling' secara berbayar di atas talian. 

Di entry kali ini, Yana nak kongsikan aktiviti homeschooling yang sesuai dilakukan untuk bayi yang berumur 3 bulan dan ke atas. Ianya sangat mudah dan menelan belanja yang sangat minimum, kurang dari RM 1 !  

Berikutan keadaan Yana yang hanya bekerja dari rumah, banyak masa terluang untuk beraktiviti bersama dengan anak.

.
Maklumat Subjek.

Aliff kini berusia hampir 4 bulan. 

Sesuai dengan usianya, Aliff kini sudah boleh meniarap dan kini di dalam proses untuk belajar mengensot. 

Di dalam pemerhatian Yana, Aliff kini suka menggenggam dan memerhatikan sebarang objek yang ditayangkan di depannya. Antaranya Aliff suka perhatikan pergerakan tangan sendiri. 




Aktiviti yang boleh dilakukan apabila bayi suka menggenggam  dan memerhati ialah dengan meniupkan belon dan bagi mereka bermain dan berimaginasi sendiri. 

Kenapa belon? Sebabnya belon adalah ringan. Apabila benda ringan diberikan kepada baby yang masih terbaring, benda tersebut tidak akan membebankan dada baby.

Aktiviti ini juga dapat melatih baby menggenggam objek dengan konsisten. Selain itu, aktiviti ini juga dapat menguatkan visual motor skills.

Aktiviti ini juga dapat menggalakkan deria sentuhan dan juga visual. Apa yang Yana perhatikan, Aliff sentiasa mencuba untuk explore belon yang berada dihadapannya. Dia menunjukkan keterujaannya untuk mencuba perkara baru. 



Oh ya, untuk menarik perhatian bayi anda, sila pastikan pilih belon yang berwarna hitam, putih atau pun merah. Jangan! sesekali anda menggunakan belon yang berwarna kuning untuk bayi yang berumur 9 bulan ke bawah kerana warna kuning didapati boleh mengakibatkan colour blindness/ buta warna. 

Baiklah, ini adalah salah satu permainan yang boleh dicuba oleh ibu-ibu untuk anak-anak di rumah. Jika anda mempunyai sebarang aktiviti menarik yang lain, bolehlah kongsikan di ruangan komen di bawah. 

.
Sekiranya anda berhasrat untuk berkongsikan gambar atau sebarang perkongsian anda sendiri, ianya boleh dihantar menerusi alamat emel berikut: eelleebeautyhealth@gmail.com



0 comment... add one now

Pihak EELLEEBEAUTY sangat menggalakkan komentar dari para pengunjung di ruangan komen yang disediakan. Namun kami berharap para pengunjung dapat memberikan komen yang positif dan mengelakkan komen berbaur politik atau perkauman. Segala komentar yang dilontarkan adalah pendapat peribadi pengunjung tersebut dan tiada kaitan dengan pendapat kami.