Group FB Homeschooling Genius Syurga Untuk Ibu-ibu

Assalamualaikum. Ap khabar pembaca blog Yana semua? Ini Yana baru boleh nak update blog, Aliff baru je tidur. Sambil update blog ini Yana duk godek-godek group HOMESCHOOLING GENIUS SYURGA (HSGS) di Facebook.



Ada pembaca blog Yana yang dah join ke group ini? Kalau belum, jom lah kita join.

Group ni berkaitan dengan homeschool. Tagline dia"Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad". Dalam group ni, ramai ibu-ibu yang berkongsi aktiviti anak-anak mereka di rumah. Macam-macam aktiviti ada bermula dari aktiviti untuk anak newborn lagi.

Aktiviti berkaitan dengan motor kasar, motor halus pun ada. Pendek kata group ni memang best!

Group ini sangat membantu Yana memberi idea pembelajaran dekat anak. Walaupun Aliff baru berusia 4 bulan tapi banyak idea dari dalam group ini yang Yana dapat gunakan untuk Aliff. Aktiviti dalam group ini lebih fokus kepada aktiviti belajar sambil bermain. Kelebihan belajar sambil bermain ini ialah anak-anak akan rasa lebih seronok.

Contoh aktiviti belajar sambil bermain dalam group ini ialah aktiviti belajar matematik. Aktiviti yang ditetapkan dalam belajar matematik ialah tidak menghadap buku, sebaliknya menggunakan bahan-bahan sekeliling sahaja.

Ibu-ibu dalam group ini berkongsi aktiviti belajar sambil bermain ini. Melalui perkongsian ini, ibu-ibu yang lain akan dapat idea untuk mengajar anak mereka juga.

Nak tahu macamana, marilah kita join group HSGS ni. Search nama group Homeschooling Genius Syurga kat Facebook dan add to join. Inshaallah nanti akan ada yang approve.

Ataupun boleh juga add Fb Yana "Liyana Madrus" dan pm Yana untuk join group tersebut. Inshaallah Yana akan add ibu-ibu semua join group tersebut.

Tak jumpa juga nak cari fb Yana? Boleh WhatsApp Yana +6014-5090435. Yana sedia membantu ibu-ibu semua.

0 comment... add one now

Pihak EELLEEBEAUTY sangat menggalakkan komentar dari para pengunjung di ruangan komen yang disediakan. Namun kami berharap para pengunjung dapat memberikan komen yang positif dan mengelakkan komen berbaur politik atau perkauman. Segala komentar yang dilontarkan adalah pendapat peribadi pengunjung tersebut dan tiada kaitan dengan pendapat kami.