Kangkung goreng berlada

Assalamualaikum semua. Kali ini saya nak berkongsi resepi kangkung goreng berlada. Yana bukanlah peminat kangkung namun disebabkan ahli keluarga menggemarinya, maka kangkung goreng berlada sudah semestinya menjadi menu wajib kami. 

Sebelum ini kita biasa dengar kangkung goreng belacan je kan? Kali ini kangkung goreng berlada pula.

Jom kita tengok resepinya. Senang dan mudah.

Bahan-bahan:

1.Sayur Kangkung (ikut berapa banyak hidangan yang hendak di hidang)

2. Sebiji bawang merah

3. 3 ulas bawang putih

4. Beberapa tangkai lada kering yang telah direndam (nak cepat lembut lada kering rendam dengan air panas,dan gunting lada kering kecil-kecil)

4. Garam mesti ada secukup rasa


5. Sedikit ikan bilis


Cara-cara:

1. Sayur kangkung dipotong,bersihkan sayur kangkung buang pasir pada sayur, toskan.

2. Kupas bawang merah,bawang putih kemudian,masuk kan sedikit ikan bilis, bawang putih, bawang merah dan beberapa tangkai lada kering yg telah dibuang biji ke dalam pengisar. Kisar bahan-bahan tersebut.

3. Panaskan minyak, kemudian masuk bahan yang telah dikisar sebentar tadi. Goreng bahan kisar tadi hingga didih sedikit sampai naik bau. Kemudian masukkan garam secukup rasa.

4.Masukkan sayur kangkung ke dalam kuali tadi.

5.Masukkan air,tapi tak perlu banyak sangat.Ala kadar sahaja

6.Goreng sayur hingga mendidih dan masak lebih kurang 5 minit (jangan lama-lama nanti layu sayurnya)

7.Hidang sayur diatas pinggan. Sedia untuk dimakan bersama nasi.




Selamat mencuba. Kalau makan dengan nasi panas, lagilah berselera.

Orang tua-tua kata sayur kangkung sejuk. Jadi tips sayur sejuk baik masak dengan goreng berlada sedikit. Kalau nak tambah  sedikit halia pun boleh. Sesiapa yang gemar makan belacan, boleh tambah juga secukup rasa. 

Tadaaa. Selamat mencuba!

0 comment... add one now

Pihak EELLEEBEAUTY sangat menggalakkan komentar dari para pengunjung di ruangan komen yang disediakan. Namun kami berharap para pengunjung dapat memberikan komen yang positif dan mengelakkan komen berbaur politik atau perkauman. Segala komentar yang dilontarkan adalah pendapat peribadi pengunjung tersebut dan tiada kaitan dengan pendapat kami.