Kisah Daku bersama Mr D.I.Y.

Akibat penangan join group facebook yang berhantu 'Homeschooling Dunia Syurga' seperti yang Yana ceritakan dalam entri yang lalu, Yana berhasil untuk mengadakan lawatan sambil belajar bersama-sama Aliff dan Encik Hubby ke cawangan MR DIY di Kubang Kerian pada Jumaat yang lepas. 


Sebenarnya, ini adalah kali kedua Yana mengunjungi MR DIY di Kelantan setelah pada pertama kalinya Yana berkunjung ke cawangan mereka yang terletak di Jalan Sultan Yahya Petra (dari Kb Mall menghala ke Kubang Kerian). Namun cawangan tersebut agak mengecewakan Yana kerana kebanyakan barangan yang ada lebih bertumpu kepada segmen pertukangan dan perkakas elektrik. 

.
LOKASI 

Lokasinya agak tersorok sebenarnya melainkan anda adalah penduduk tetap bandar Kubang Kerian. Carian kami melalui aplikasi Waze tidak mendapat sebarang hasil. Nasib baik ada seorang sahabat Yana yang turut berminat dengan aktiviti Homeschooling memberitahu lokasi sebenar MR DIY ini. 

Nah, untuk ibu-ibu di Kelantan. Kami telah pun menambah lokasi MR DIY kubang kerian di dalam aplikasi Waze untuk kemudahan kita bersama. Landmark mudahnya adalah kedai ini terletak di hadapan Kedai Tudung Fareeda. Landmark lainnya adalah ianya terletak di belakang Bank Islam. 





Kenapa MR DIY jadi pilihan? 

Untuk ibu-ibu yang mengamalkan aktiviti homeschooling untuk anak-anak, sudah semestinya kedai MR DIY menjadi sasaran. Haaa, apa taknya, hampir semua material yang diperlukan ada kat sini dan apa yang syok nya, MR DIY menawarkan harga yang sangat murah dan berpatutan!

Ini beberapa barang yang sempat Yana grab semasa shopping kat MR DIY pada minggu lepas. Oh ya, untuk makluman anda semua, MR DIY mempunyai 3 cawangan di negeri Kelantan. Jadi bolehlah anda memilih mana-mana cawangan yang berdekatan dengan anda. 

Bagi Yana, MR DIY kat kubang kerian ini sangat selesa untuk ibu-bapa berkunjung bersama dengan anak-anak. Kawasan membeli belah nya luas, teratur dan mesra bayi. Malah cawangan ini turut menyediakan perkhidmatan pembayaran melalui kad kredit atau debit. Bagi pengguna Bank Islam, anda mempunyai pilihan untuk mengeluarkan wang dari mesin ATM di cawangan Bank Islam yang bersebelahan. 



Kalau pergi MR DIY ini tak sah kalau tak penuh satu bakul. Ini baru barang Yana, tak termasuk lagi barang anak dan juga barang husband. Alahai, betul-betul berhantulah MR DIY ni!

Antara barang yang Yana sempat grab ialah pom-pom ball. Pom-pom ball ini kita boleh guna untuk ajar anak untuk sorting colour (menyusun warna). Selain itu, Yana turut berjaya mendapatkan wooden clip dan ice cream stick. Untuk aktiviti sorting colour ini juga Yana grab wooden clip and ice cream stick yang berwarna. Wooden clip ini bertujuan melatih jari-jemari anak untuk memegang. Manakala bongkah nombor itu bertujuan untuk mengajar aktiviti menyusun nombor dan juga mengenal warna.



Pesanan Yana, untuk ibubapa yang mengamalkan aktiviti homeschooling untuk anak-anak, bolehlah singgah ke MR DIY untuk mendapatkan material yang bagus dan dalam masa yang sama berpatutan.

Ye lah, daripada menghabiskan duit untuk membeli alatan yang mahal, apa kata kita cuba pendekatan DIY "Do it Yourself" kerana ianya amat mudah dan berbaloi. Yana juga secara peribadi berasa lebih puas dengan kaedah ini. 

Happy shopping dan happy DO IT YOURSELF 

:)

4 comments.. read them below or add one

aswaleyla aswaleyla 9 Oktober 2015 12:59 PG
ingtkn mr diy ni jual alat2 hardware gitu. sebab gambar tukul. rupanya lebih kurang daiso la ye ? tak penah masuk
Puan ImanFarizul Puan ImanFarizul 9 Oktober 2015 8:58 PG
betoi2..iman suke beli pape kt mr.diy.price dia sgt2 memuaskan kdg2 xpercya kan
Eellee Nana Eellee Nana 9 Oktober 2015 12:00 PTG
Haha. Yana pun fikir perkara yang sama dulu. Kemudian selepas masuk buat kali pertama, pandangan Yana berubah 360 darjah gitu
Eellee Nana Eellee Nana 9 Oktober 2015 12:01 PTG
Kan. Seronok sangat terutama bila bawa baby dan hubby. Harga dia pula berpatutan dan berbaloi.

Pihak EELLEEBEAUTY sangat menggalakkan komentar dari para pengunjung di ruangan komen yang disediakan. Namun kami berharap para pengunjung dapat memberikan komen yang positif dan mengelakkan komen berbaur politik atau perkauman. Segala komentar yang dilontarkan adalah pendapat peribadi pengunjung tersebut dan tiada kaitan dengan pendapat kami.