Kos penghantaran lebih rendah dengan Flexipack

Sudah hampir 6 minggu Yana menjual produk Krim Jerawat datang bulan Hajah Ramlah, Azanis Scar Serum dan Tati Skin Care. Selain menjual produk ini, Yana turut menjual jubah breastfeed bagi mengisi masa terluang.

Sebagai peniaga online, Yana sentiasa berusaha untuk mengurangkan kos penghantaran bagi meningkatkan margin keuntungan. Kadangkala apabila syarikat Pos Malaysia membuat promosi, cerita mengenai peniaga memborong plastik bungkusan PosLaju prabayar bukan lagi cerita asing. Misalnya pada awal oktober lalu, PosLaju membuat promosi dengan memberi 2 plastik bungkusan percuma bagi setiap pembelian 10 unit plastik bungkusan. Ramai betul peniaga yang menyerbu Pos Malaysia  pada masa tersebut. Tidak kurang juga ramai peniaga yang kecewa bila plastik prabayar ini habis diborong oleh jerung-jerung peniaga online. 



..

Kos bagi setiap plastik ini berjumlah RM6.40 untuk setiap penghantaran barangan yang beratnya kurang dari 500gram. Memandangkan berat krim hajah ramlah hanyalah 10gram, terasa rugi pula bila kita dikenakan caj yang agak mahal. 

Jadi apabila Yana terserempak dengan seorang peniaga online yang menggunakan bungkusan Flexipack yang berwarna kuning itu, timbul niat untuk bertanyakan beliau mengenai bungkusan itu. Rupa-rupanya bungkusan Flexipack itu memang sedia terjual di pejabat pos dengan harga hanya RM4.50 untuk berat kurang dari 1kg. 


Kita hanya perlu menambah seringgit sahaja untuk mengepos barangan yang beratnya lebih dari 1kg sehingga 2kg. 





Mungkin kita kurang nampak penjimatan yang dialami dalam skala kecil. Namun bila Yana menghitung jumlah parcel yang diposkan pada bulan oktober sahaja mencecah 40, 

Secara kasarnya, Yana telah rugi sebanyak RM 1.90x40= RM 76 !!!

Namun perlu diingat, setiap produk ada kelebihan dan kekurangannya. Misalnya, Yana ada bertanyakan staff Pos Malaysia tentang tempoh penghantaran. Beliau memaklumkan bahawa Pos Malaysia tidak menjamin parcel akan dihantar pada keesokan harinya seperti PosLaju. Sebaliknya parcel yang dikirim menggunakan Flexipack ini akan mengikut standard penghantaran mel biasa iaitu 3 atau empat hari. 

Namun mengikut pengalaman Yana dan juga pertanyaan kepada penjual online yang lain serta staff Pos Malaysia, kebiasaannya parcel tetap dihantar keesokan harinya walaupun tidak diberikan jaminan. Ini kerana sememangnya parcel diberikan prioriti berbanding sampul surat biasa yang kadang-kadang mengambil tempoh yang lebih lama. Jadi sekiranya anda perlu menghantar parcel secara seberapa pantas atau urgent, penggunaan Flexipack adalah TIDAK disyorkan. 

Kesimpulannya, kewujudan Flexipack adalah alternatif yang boleh dicuba oleh setiap peniaga online bagi menjimatkan kos dan memaksimkan keuntungan. 


...

FAKTA FLEXIPACK

KELEBIHAN
-Harganya yang lebih murah
-Proses penghantaran boleh dijejaki dengan menggunakan tracking code di laman web pos laju. 

BACA: Kesan dan Jejak parcel anda dengan aplikasi ini

KEKURANGAN
-Tidak boleh diinsurankan
-Pos Malaysia tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku kehilangan atau kerosakan yang berlaku ke atas produk. 
-Proses penghantaran adalah seperti mel biasa. Tiada jaminan sampai esok yang diberikan sepertimana PosLaju. 

0 comment... add one now

Pihak EELLEEBEAUTY sangat menggalakkan komentar dari para pengunjung di ruangan komen yang disediakan. Namun kami berharap para pengunjung dapat memberikan komen yang positif dan mengelakkan komen berbaur politik atau perkauman. Segala komentar yang dilontarkan adalah pendapat peribadi pengunjung tersebut dan tiada kaitan dengan pendapat kami.