Tips beli rumah tanpa slip gaji.

TIPS BELI RUMAH
(Tanpa EPF, Income Tax, PaySlip)


.
DISCLAIMER: Tulisan ini asalnya telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook bernama Hisyam Ariffin. Kami berasa terpanggil untuk berkongsi pengalaman beliau ini untuk tatapan pembaca blog kami. 




Dulu saya pernah guna macam-macam cara nak beli rumah. Beniaga kecik-kecik mana nak ada semua ni. Sebenarnya kita bukan tak mampu, cuma bank ada kiraan untuk kelayakan kita dan mereka ambik paling minimum. 



Saya tak guna EFP, Income Tax dan PaySlip. Caranya;

+  Mesti kena ada pendaftaran SSM sekurang2nya 2 tahun keatas. Bank lebih yakin. 

+  Aktifkan akaun semasa dalam masa 6 bulan sebelum beli rumah. Pastikan jumlah keluar masuk bulanan melebihi 30k sebulan (anda boleh keluar masukkan duit yang sama). Tapi mesti tinggalkan baki 2-5k setiap hujung bulan. Nak nampak bisnes anda logik. 

+  Hanya 2 bank je yang boleh guna cara ni. BSN dan Bank Rakyat. 

+  Kasi bank dokumen; salinan ic, salinan ssm, 6 bulan statement akaun semasa, penyata bank 6 bulan, gambar2 aktiviti jualan perniagaan anda (dan dokumen tambahan jika bank mintak). 

+  Lepas tahu berapa kelayakan, cari rumah yang nak dibeli dan pastikan pemaju ada record yang baik. 

+  Step yang lain anda akan tahu sendiri bila loan dah lulus.   

Kalau berguna. Silakan "Share". Saya halalkan dunia akhirat.      

.
 
Selamat mencuba . . .



0 comment... add one now

Pihak EELLEEBEAUTY sangat menggalakkan komentar dari para pengunjung di ruangan komen yang disediakan. Namun kami berharap para pengunjung dapat memberikan komen yang positif dan mengelakkan komen berbaur politik atau perkauman. Segala komentar yang dilontarkan adalah pendapat peribadi pengunjung tersebut dan tiada kaitan dengan pendapat kami.