Kenapa anda perlu cepat-cepat Daftar Haji?

Assalamualaikum dan hai. 

Tentu kebanyakan kita sudah sedia maklum akan kewujudan Tabung Haji TH di negara kita, Malaysia. Antara fungsi Tabung Haji adalah mereka menyediakan khidmat untuk para pencarum mereka mendepositkan simpanan mereka. Simpanan ini bilamana mencukupi akan membolehkan pencarum tersebut menunaikan ibadat Haji di tanah suci. 



DAFTAR HAJI

Masih ramai individu yang masih kurang arif akan susun atur dan langkah yang perlu diambil bagi membolehkan mereka menunaikan haji. Tidak sedikit yang menyangka bahawa mereka hanya perlu menyediakan jumlah wang yang mencukupi, lalu mereka boleh terus menunaikan Haji di tanah suci. Menurut laman web rasmi TH, Kos Haji langsung bagi musim 1436H adalah berjumlah RM17,270 seorang. Kos yang ditanggung oleh setiap pencarum Tabung Haji yang menunaikan Haji secara Muassasah adalah sebanyak RM9,980 seorang, dan TH masih meneruskan tanggungan (subsidi) sebanyak RM7,290 seorang. Subsidi ini hanya layak bagi individu yang baru pertama kali menunaikan haji. 

Namun begitu walaupun simpanan anda sudahpun mencukupi RM 9,980, anda tidak semestinya layak untuk mendapat kuota Haji jika anda tidak mendaftar untuk Haji. Kelayakan Daftar Haji adalah cukup mudah, hanya perlu buat simpanan sebanyak RM 1300 di kaunter TH yang terdekat dan maklumkan kepada mereka supaya daftarkan untuk Daftar Haji. Adalah dinasihatkan supaya mengekalkan jumlah minimum simpanan sebanyak RM1300 bagi membolehkan anda terus menikmati kelayakan Daftar Haji ini. 


REZEKI YANA

Pada 4 November yang lalu, Yana berkesempatan untuk berkunjung ke pejabat Tabung Haji. Alhamdulillah Yana akhirnya ada simpanan yang mencukupi bagi membuat pendaftaran haji ini. Terkejut juga Yana apabila mendapati tahun peruntukan yang diberikan adalah pada tahun 2091, bermakna masih ada 76 tahun lagi! Kalaulah umur Yana masih panjang, Yana dijangka akan menunaikan Haji ketika berusia 102 tahun!

Maka Yana pun berHuHuHuhuHuhu la seketika memikirkan nasib ini. 

Mujurlah disitu ada sedikit catatan yang memaklumkan bahawa tahun peruntukan ini hanyalah sebagai rujukan sahaja. Keutamaan biasanya akan diberi kepada mereka yang berusia 75 tahun dan ke atas. Menurut kakitangan TH, adakalanya mereka yang masih muda tetapi diberikan peluang menunaikan Haji sekiranya mereka menepati syarat-syarat yang ditetapkan, antaranya simpanan mereka mencukupi jumlah kos Haji iaitu lebih kurang RM 9,980, boleh mendapat cuti daripada majikan, telahpun berdaftar Haji dan sebagainya. 

Kenapa perlu daftar sekarang?

Selepas sahaja melahirkan Aliff, Hubby telah menggariskan dua keperluan untuk kami berdua laksanakan. 

1. Daftar Takaful
2. Daftar akaun Tabung Haji dan daftar Haji. 

Alhamdulillah rezeki kurniaan tuhan, biarpun kurang sebulan kelahiran Aliff namun hasil pemberian orang ramai (tambahan pula) selepas itu nak dekat dengan raya, maka cukuplah simpanan Aliff berjumlah RM1300. Maka bergegaslah hubby ke tabung haji untuk membuat daftar haji. 

Tahun peruntukan Haji untuk Aliff yang berdaftar pada bulan jun 2015 adalah pada tahun 2085 manakala Yana yang berdaftar pada november 2015 adalah pada tahun 2091. 

Hanya 3 bulan sahaja perbezaan namun ahun peruntukannya telah bertambah kepada 6tahun. Jadi bayangkan lah sekiranya anda masih melambat-lambatkan daftar haji, maka makin lambatlah tahun peruntukan yang diberikan kepada anda. Maka makin panjanglah HuHuHuhuhuHuHhuHuHu anda tu!




Oleh itu sekiranya anda sebagai seorang muslim yang menetap di Malaysia dan telahpun mempunyak simpanan yang cukup, jangan lupa untuk cepat-cepat berdaftar Haji!



0 comment... add one now

Pihak EELLEEBEAUTY sangat menggalakkan komentar dari para pengunjung di ruangan komen yang disediakan. Namun kami berharap para pengunjung dapat memberikan komen yang positif dan mengelakkan komen berbaur politik atau perkauman. Segala komentar yang dilontarkan adalah pendapat peribadi pengunjung tersebut dan tiada kaitan dengan pendapat kami.