REVIEW: Restoran Indra Tomyam, Syurga masakan seafood Kelantan

Sekiranya anda pelancong dari luar negeri Kelantan dan berkesempatan untuk berkunjung ke negeri ini, anda mungkin tertanya-tanya restoran manakah yang patut anda kunjungi untuk makan malam anda. Berita baik untuk anda sekiranya anda adalah penggemar makanan seafood, anda mungkin patut mencuba masakan seafood di restoran INDRA TOMYAM. 



LOKASI

Restoran ini hanya terletak kurang 10 minit dari bandar Kota Bharu. Sekiranya anda kurang mahir dengan jalan di bandar Kota Bharu, usah khuatir kerana lokasi restoran ini boleh diakses melalui aplikasi Waze. 



Buka aplikasi waze di telefon mudah alih anda, dan taipkan "indra tomyam" sila pilih "Foursquare" di bahagian bawah aplikasi waze anda. Akan ada tiga lokasi yang terpapar dan kesemuanya adalah merujuk kepada lokasi restoran ini. 

Sekiranya anda memulakan perjalanan dari bandar Kota Bharu, pastikan anda mengambil signboard Bandar Pasir Pekan melalui Jambatan Sultan Yahya Petra. Buat pusingan U di bulatan Pasir Pekan dan mara ke Kota Bharu semula kira-kira 800 meter sebelum anda menjumpai satu simpang ke kiri. Simpang ini betul-betul terletak bertentangan dengan Burger King Drive Thru. 

Jalannya sedikit gelap kerana tiada lampu jalan. Mara sehingga 400 meter dan Restoran ini terletak disebelah kanan jalan. 


WAKTU OPERASI

Indra Tomyam beroperasi bermula pada pukul 1:30 tengahari sehingga 1pagi. Walaubagaimanapun ada ketikanya mereka memulakan operasi selepas waktu Asar. Mereka biasanya beroperasi setiap hari dan hari cuti adalah bergantung kepada perbincangan bersama staff mereka. 

Untuk itu, pastikan anda menelefon operator mereka sebelum mengunjungi restoran ini untuk mengelakkan anda menggigit jari. 




MENU PILIHAN

Restoran ini menyediakan menu berasaskan makanan laut (seafood) terdiri daripada ikan, ketam, udang dan sotong. Segala bahan mentah seperti udang dan ketam nipah adalah didatangkan terus dari sungai memandangkan pemiliknya Abe Ju adalah seorang pembekal ketam nipah segar dan ianya didapatkan secara harian. Jadi tidak perlulah anda meragui akan kesegaran makanan laut disini. 

Bagi anda yang datang secara berjemaah yakni melebihi 4 orang, Yana mencadangkan anda untuk menempah hidangan berasaskan ketam,udang,atau sotong yang berharga RM 40 untuk satu hidangan. Hidangan ini akan ditimbang mengikut kilo dimana harga RM 40 adalah untuk satu jenis lauk mengikut timbangan 1kilogram siap dimasak. Anda juga boleh memilih sendiri menu yang diminati dari jenis masakan masam-manis, tiga rasa, paprik, black pepper atau celup tepung. 

Jika anda datang secara berpasangan atau berduaan, anda mungkin boleh mencuba nasi goreng udang atau nasi goreng sotong. Menariknya, masakan ini dijual dengan hanya harga RM 4 - RM 10 bergantung kepada saiz udang atau sotong tersebut. 

Selain nasi goreng, restoran ini turut menyediakan hidangan maggi ketam, mee goreng dan sebagainya mengikut pilihan pelanggan mereka. 











Kredit foto: Liyana Madrus dan Facebook Indra Tomyam



.

TRIVIA

"Restoran Indra Tomyam"

Lokasi: Pasir Pekan, Kelantan. 
Waktu operasi: 1:30 pm - 1.00 am. 
No telefon: 017- 8874702 (Abe Ju) 

0 comment... add one now

Pihak EELLEEBEAUTY sangat menggalakkan komentar dari para pengunjung di ruangan komen yang disediakan. Namun kami berharap para pengunjung dapat memberikan komen yang positif dan mengelakkan komen berbaur politik atau perkauman. Segala komentar yang dilontarkan adalah pendapat peribadi pengunjung tersebut dan tiada kaitan dengan pendapat kami.