Tummy time bantu bentuk otot perut.

Assalamualaikum mommies sekalian, harapnya mommies semua sihat selalu.

Alhamdulillah, sudah hampir 5 bulan Yana bergelar ibu. Masa Yana banyak dihabiskan bersama Aliff dirumah.

Kali ini Yana nak kongsikan berkenaan dengan tummy time. Ramai yang kata baby asyik tidur sahaja, tak tahu nak buat aktiviti apa dengan baby.

Jadi, apa lagi. Jom lah kita buat tummy time.

Apa itu tummy time? Dalam bahasa mudahnya ialah 'masa untuk perut' maksudnya kita meletakkan anak dalam posisi perutnya di atas permukaan apa-apandan belakangnya berlawanan dari permukaan.

Lebih mudah lagi, bahasa kampungnya ialah meniarap.

Untuk baby yang baru lahir, boleh mulakan dengan dakap dia di dada kita, usap-usap belakang dan sembang. Bagi dia dengar dengupan jantung kita.

Yana sentiasa dakap Aliff ke dada Yana. Ini juga merupakan salah satu posisi yang buatkan Aliff dapat tidur lena. Sampai sekarang dah 5 bulan pun masih nak tidur dakap atas dada mommy.

Selain itu, boleh juga tiarapkan baby kita di atas peha. Usap belakang baby. Boleh juga letakkan sesuatu kat depan dia. Bagi dia main sambil meniarap di atas peha kita. Baby ini macam-macam dia nak explore.

PERINGATAN : JANGAN SESEKALI TINGGALKAN BAYI ANDA SENDIRIAN KETIKA SESI TUMMY TIME!

Bayi kita dah terlalu lama berbaring sejak dari lahir lagi. Kalau tidur malam susah semestinya terbaring sahaja. Memang baby perlu tidur dalam keadaan berbaring semasa tidur malam. 

Jadinya pada waktu siang, mommy luangkan lah sedikit masa untuk jalankan sesi tummy time dengan baby.
Biasanya, baby ini akan tidur lena selepas sesi tummy time. Apa taknya, dah letih, penat. Tummy time ini ala-ala bersenam lah juga untuk baby.

Selain dari itu, tummy time ini dapat mengelakkan dari terjadinya syndrome flat head pada bahagian belakang or sisi sebelah kepala. 

Tummy time ini juga dapat membantu menguatkkan otot dibahagian bahu dan leher, juga membantu membina otot-otot yang amat diperlukan untuk baby kita bergolek, duduk dan merangkak nanti dan seterusnya terkedek-kedek berjalan. Best kan?

Ibu-ibu semua MESTI BUAT TUMMY TIME sebab ia sangat best, seronok, awesome. Selain itu, ia juga dapat merapatkan hubungan kita dengan anak kita dalam bentuk yang menyeronokkan.



Apa yang paling penting aktiviti ni TAK PERLUKAN SEBARANG MODAL.

hanya perlukan ibu/ayah atau ibu&ayah, anak dan kasih sayang.

Apa tunggu lagi, cepat-cepat kita buat dan jadikan amalan.


Ada pelbagai cara untuk buat aktiviti tummy time ini. Ibu-ibu boleh gunakan bola juga sebagai sokongan. Pastikan BOLA TIDAK TERLALU KERAS agar baby kesayangan kita selesa.

Selain itu, boleh juga letakkan sesuatu di depan dia sebagai galakkan untuk dia bergerak.

Kaedah ni bukan setakat untuk leher dan bahu sahaja tapi juga melibatkan kaki.

Selamat mencuba aktiviti tummy time untuk baby.

0 comment... add one now

Pihak EELLEEBEAUTY sangat menggalakkan komentar dari para pengunjung di ruangan komen yang disediakan. Namun kami berharap para pengunjung dapat memberikan komen yang positif dan mengelakkan komen berbaur politik atau perkauman. Segala komentar yang dilontarkan adalah pendapat peribadi pengunjung tersebut dan tiada kaitan dengan pendapat kami.