Siapakah Rashid?

Sejak semalam heboh di newsfeed Yana tentang seorang insan bernama Rashid.


Ramai juga yang tertanya-tanya siapakah gerangan pemilik nama ini?

Kepada sesiapa yang ingin mengetahui siapakah sebenar rashid, inilah jawapannya.




Haha. Ini sebenarnya post pertama page 'jadilah seperti Rashid' yang telah menjadi kegilaan ramai. Page ini kelihatannya sama seperti page Amran Fans yang tidak diketahui pemilik asalnya, namun sangat kreatif dalam menggunakan imej kartun dalam menyampaikan mesej beliau.

Tidak kurang juga ramai yang mengatakan page Rashid ini sebenarnya diinspirasikan dari page Be like Bill, yang mengetengahkan watak Bill sebagai watak utama cerita ringkas pemilik page tersebut.

Tidak jelas apakah motif sebenar yang pemilik page ini mahu sampaikan, namun mesej berunsurkan troll yang menyelitkan watak Rashid dilihat mahu mengkritik trend masyarakat sekarang yang dilihat tidak sedap dimata Rashid.

Misalnya kartun ini,



iPhone
Posted by Jadilah Seperti Rashid on Monday, January 11, 2016

Didalam kartun ini, jelas Rashid ingin mengkritik tabiat segolongan pengguna iPhone yang gemar mengambil gambar mereka di depan cermin dengan menampilkan Iphone mereka. Bhahahahaha. Nampaknya pengguna iPhone perlulah menyorok selepas ini.




Lunch
Posted by Jadilah Seperti Rashid on Monday, January 11, 2016

Manakala didalam kartun ini pula Rashid kelihatan seperti memperli pengguna media sosial yang gemar memuatnaik gambar makanan yang mereka ingin makan, seolah-olah seluruh dunia mahu mengetahuinya.


Setakat jam 2 petang tadi, jumlah like page Rashid ini sudahpun melebihi 70k dan momentumnya dilihat bakal berterusan kerana jumlah share yang tinggi dari likers nya.

Sekurang-kurangnya, Amran Fans dah ada pesaing ye dok.  

1 comment... add one now

Pihak EELLEEBEAUTY sangat menggalakkan komentar dari para pengunjung di ruangan komen yang disediakan. Namun kami berharap para pengunjung dapat memberikan komen yang positif dan mengelakkan komen berbaur politik atau perkauman. Segala komentar yang dilontarkan adalah pendapat peribadi pengunjung tersebut dan tiada kaitan dengan pendapat kami.