3 tips untuk blog dapat trafik berterusan

Alhamdulillah pada 11 Januari lalu blog ini telah mencapai milestone terbaru iaitu 100 000 pageviews dalam masa sebulan. Yang menariknya, pencapaian ini dicatatkan dengan teknik biasa saja tanpa bantuan fanpage atau artikel viral. 



Sebenarnya pencapaian ini sedikit mengejutkan Yana kerana kali terakhir Yana mengemaskini artikel terbaru adalah pada akhir November 2015. Sebulan lebih tidak mengemaskini artikel kebiasaannya akan menyebabkan hit pageviews terjejas teruk, namun tidak blog ini. 

Yana merumuskan 3 faktor kenapa blog ini kekal hidup walau ditinggalkan tidak terurus selama lebih 30 hari. 

1. Penghasilan artikel mengikut kehendak pembaca
- Anda boleh upah beribu web designer untuk hasilkan blog yang lawa dan menarik, namun harus diingat "content is the king". Ramai blogger terutamanya blogger wanita tersalah anggap bahawa untuk memikat pengunjung, sesebuah blog haruslah mempunyai kemasan yang cantik, elegan dan catchy. 

Blog yang baik adalah mempunyai latar belakang putih, dan penggunaan warna yang minimum untuk hiasan di atas (banner) dan tepi blog. Misalnya laman Mashable.com. Mereka menggunakan warna biru sebagai header blog, serta warna putih sebagai latar belakang blog. Ini membolehkan pengunjung mereka melihat dengan jelas apakah kandungan yang ingin disampaikan disamping untuk mengelakkan pengunjung sakit mata jika terlalu banyak warna yang digunakan. 'Keep it simple' ok!




Tidak dapat dinafikan design blog yang catchy boleh memerangkap pembaca agar stay lebih lama di blog. Namun, perlu diingat untuk mendapatkan pembaca yang setia, yang meletakkan blog anda sebagai reading list mereka, maka anda perlu menyediakan 'alasan' untuk melekakan mereka. 

- Selain penggunaan bahasa Melayu tinggi, kesalahan tatabahasa dan ejaan perlulah dikurangkan sebanyak mungkin. 
- Gunakan 'google trend' sebagai panduan untuk merangka artikel baru. Anda boleh menulis sebarang cerita kerana ianya blog anda. Namun, bukan semua orang minat untuk mengetahui kisah anda. Jadi ianya tersangatlah penting untuk anda menulis niche topik yang diminati pembaca. Pastinya akan ada pengunjung yang bertukar menjadi pembaca setia anda. 
- Gunakan teknik bercerita di dalam mengolah sesuatu ayat. Ingat pembaca bukannya robot, mereka adalah manusia seperti kita. Teknik bercerita boleh membuatkan pembaca merasakan seolah-olah ada seseorang yang bercerita kepada mereka. 

2. Jangan takut untuk melabur untuk template mobile-friendly dan mesra seo
- Majoriti pembaca blog eelleebeauty adalah menggunakan paparan dekstop. Namun apabila merujuk kepada carta demografi, pengguna yang menggunakan paparan dekstop berasal dari Russia dan negara eropah yang lain. Manakala majoriti pembaca dari Malaysia adalah menggunakan paparan mobile. Jadi seharusnya penggunaan template yang mesra mobile seharusnya tidak dipandang enteng. 
- Blog siakap keli adalah jenis blog yang menepati kriteria ini. Template yang diinspirasikan dari mashable.com itu kelihatan simple, namun membolehkan pembaca mereka senang berkongsi artikel kerana wujudnya share widget yang elegan, besar dan cantik. Share widget yang cantik boleh mempengaruhi pembaca untuk mengongsikan artikel anda. 
- Yana sendiri sudah mengeluarkan lebih $70 USD untuk memiliki template yang bersesuaian. Sebelum ini Yana mengaku bahawa sering tangkap muat sebarang template untuk digunakan. Asal ada warna pink dan bunga-bungaan je terus Yana tukar. Namun tak sangka tabiat ini adalah tabiat syok sendiri, yang akhirnya boleh menyebabkan pembaca rimas. 
- Pastikan loading time untuk blog anda selaju mungkin. 

3. Pelbagaikan sumber trafik anda. 

Ketika Yana mula mengenali dunia blog sekitar 2008 dahulu, kebanyakan kami biasanya menggunakan yahoo group, friendster, myspace untuk tujuan mempromosikan blog. Pada masa itu kami sangat jakun mengenai teknik SEO.

Sekarang dengan bantuan facebook, tugas mencari trafik untuk dihalakan ke blog menjadi lebih mudah. 

Senarai sumber trafik yang Yana gunakan adalah termasuk :

i. Sosial media seperti facebook, instagram, twitter dan google plus. Note: jangan pandang rendah terhadap kemampuan google plus. Walaupun tidak sepopular facebook, pautan artikel yang dikongsikan menerusi google plus di 'ranking' dengan lebih baik di enjin carian google berbanding facebook yang lebih mengutamakan notes,status, atau photo di facebook. 

ii. Gunakan aggregator seperti Blogr dan Babab.net. 

iii. Blogwalking dan sertai kontest. Kaedah ini penting untuk self branding dan bagi memperkenalkan blog anda kepada blogger lain. 


Ok. Setakat ini sahaja untuk entry kali ini. Kalau anda ada tips tambahan bolehlah sertakan di ruangan komen di bawah. Nanti Yana masukkan dalam kemaskini artikel berserta backlink. :)



3 comments.. read them below or add one

Fatin Fatin 14 Februari 2016 6:08 PTG
Tips yang sangat bagus! Tak pernah dengar tentang Blogr & Babab.net sblm ni. Nak terus cuba aggregator ni
Eellee Nana Eellee Nana 6 Mac 2016 2:47 PTG
Tq sudi singgah sini awak. Hihi. Aggregator ni banyak juga menyumbang kepada pertambahan trafik ke blog EB ni. Rugi kalau tak cuba

Pihak EELLEEBEAUTY sangat menggalakkan komentar dari para pengunjung di ruangan komen yang disediakan. Namun kami berharap para pengunjung dapat memberikan komen yang positif dan mengelakkan komen berbaur politik atau perkauman. Segala komentar yang dilontarkan adalah pendapat peribadi pengunjung tersebut dan tiada kaitan dengan pendapat kami.