Memori iPhone selalu sahaja penuh? Tips berikut boleh membantu anda

Penawaran storan 16Gb dilihat pengguna sebagai tidak mencukupi

Ramai pengguna telefon pintar bersetuju bahawa iPhone adalah sebuah peranti idaman yang memenuhi cita rasa hati. Mempunyai pemproses yang berkuasa tinggi, kamera yang lawa, sistem pengoperasian yang mesra pengguna selain daripada harganya yang sukar 'jatuh' jika dibandingkan dengan telefon pintar sekufu harganya seperti Samsung Galaxy dan HTC. 


Namun pengguna iPhone seringkali mengeluh akan masalah ini, iaitu selalu sahaja menghadapi masalah memori yang sering penuh. Tambahan pula dengan kamera yang menghasilkan resolusi video setinggi 4K pada iPhone 6s, tempoh video berdurasi 1 minit boleh menggunakan storan sebanyak lebih dari 300Mb. 

Mempunyai iPhone dengan kapasiti storan memori sebanyak 16Gb (11Gb memori sebenar), penulis sememangnya selalu sahaja menghadapi masalah ini. Jadi Yana ingin mencadangkan tiga tips yang boleh digunakan untuk mengatasi masalah ini. 

1. Gunakan aplikasi Spotify. 
- Antara sebab kenapa storan seringkali penuh adalah kerana pengguna mempunyai sejumlah koleksi lagu pilihan yang mungkin dikumpulkan sejak dari bangku sekolah lagi. Misalnya Yana, Yana mempunyai koleksi lagu yang dikumpulkan didalam pelayan muzik iTunes berjumlah 5Gb! Koleksi lagu ini boleh sahaja memakan lebih dari separuh storan yang sepatutnya boleh digunakan untuk perkara lain. 



- Jadi untuk menyelesaikan perkara ini, Yana memuat turun aplikasi Spotify didalam Apple App Store. Spotify menyelesaikan dua masalah Yana iaitu membekalkan senarai main lagu dengan jumlah koleksi yang besar dan Yana boleh mendengar sebarang lagu tanpa memuat turun atau mengeluarkan sebarang belanja untuk membeli kaset atau CD. Ia sepenuhnya percuma serta mempunyai pilihan untuk melanggan akaun berbayar. 
- Pengguna hanya memerlukan sambungan internet sama ada melalui data selular atau wifi. Hasil penggunaan Yana mendapati penggunaan spotify hanya menggunakan 10Mb untuk tempoh 60 minit atau sejam. Pelanggan Maxis turut mendapat sokongan penggunaan Spotify Premium secara percuma! 

2. Selain koleksi muzik, koleksi gambar dan video juga adalah merupakan pengguna tegar storan telefon anda. Nak padam gambar terasa sayang pula. Jadi menggunakan storan awan seperti iCloud atau Dropbox menjadi pilihan pengguna masa kini. Namun penggunaan storan awan seperti iCloud mempunyai limitasi iaitu tawaran storan yang terhad kepada 5Gb sahaja. Menyedari perkara ini, Google tampil menawarkan penyelesaian kepada masalah pengguna dengan menawarkan storan sebanyak 15Gb. 




- Selain itu, Google turut menawarkan pilihan muat naik tanpa had sekiranya pengguna memilih tetapan muat naik dengan kualiti tinggi (saiz gambar akan dikecilkan sedikit). 

3. Menggunakan storan tanpa wayar atau iflash drive. 
- Bagi pengguna yang gemar merakam video dan mengambil foto, mereka memerlukan storan yang sangat besar. Membeli iPhone dengan kapasiti storan besar iaitu 128Gb mungkin dianggap tidak perlu kerana kos yang tinggi bagi sesetengah pihak. Jadi Yana ingin mencadangkan anda agar menggunakan iflash drive yang boleh didapati dengan harga kurang dari RM100 untuk kapasiti 16Gb. 
- Kepada yang memerlukan saiz storan yang lebih besar, pemacu storan mudah alih tanpa wayar mungkin menjadi pilihan anda. Dengan saiz storan bermula dari 500Gb, ianya sangat sesuai untuk memenuhi keperluan anda dan juga boleh dikongsikan bersama ahli keluarga atau teman yang lain. 





5 comments.. read them below or add one

Fatin Fatin 14 Februari 2016 6:00 PTG
Such a good idea guna wireless mobile storage! Gonna get one!
Eellee Nana Eellee Nana 6 Mac 2016 2:48 PTG
Dalam lazada selalu ada offer. Kalau malas nak pergi kedai, boleh je cuba dapatkan di lazada :)
Mouri Mouri 21 Januari 2017 3:12 PTG
Bagus pengajaran ini. IPhone saya skrg boleh dapat ruang yg byk utk isi lagu MP3 kegemaran I. TQ.
Syaz Syaz 25 Mac 2017 6:29 PTG
Whatsapp yg byk kacau, lepas hapuskan semua gambar, beberapa minggu saja dah muat ngan byk lagi. Kena selalu semak dan delete.
renie cenderahati renie cenderahati 13 April 2017 1:12 PTG
Bagus tutorial ini utk menambahkan ruang kosong utk memory phone. Lepas ikut cara yg diajar skrg ruang iphone I dah bertambah.

Pihak EELLEEBEAUTY sangat menggalakkan komentar dari para pengunjung di ruangan komen yang disediakan. Namun kami berharap para pengunjung dapat memberikan komen yang positif dan mengelakkan komen berbaur politik atau perkauman. Segala komentar yang dilontarkan adalah pendapat peribadi pengunjung tersebut dan tiada kaitan dengan pendapat kami.