2 TIP untuk kekal kelihatan lebih muda

Memiliki kulit yang tegang dan cantik merupakan idaman setiap insan, terutamanya wanita. Namun seiring dengan peningkatan usia, kedutan dan garis halus semakin lama mula kelihatan dan ini akan membuatkan sesetengah daripada kita akan mula berasa rimas tidak keruan

Disebabkan itulah produk-produk menghilangkan kedutan dan garis halus ini sangat LAKU KERAS di pasaran kerana permintaannya yang sangat tinggi. Malah tidak keterlaluan untuk mengatakan bahawa wanita sanggup berhabis ratusan malah ribuan ringgit setiap bulan untuk produk anti-penuan supaya mereka boleh tampil dengan lebih yakin di khalayak ramai.

Namun saya percaya bahawa kecantikan itu boleh dipelihara dengan cara yang lebih murah dan ianya sememangnya terbukti secara saintifik boleh menjadikan kulit kita lebih awet muda. Yang penting, kita kena megetahui, memahami dan mengamalkan teknik yang betul supaya boleh mendapat kesan yang lebih optimum.

Mungkin ramai yang tidak mengetahui faktor di sebalik kenapa mereka nampak lebih tua berbanding usia sebenar mereka kerana mereka sendiri mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat. Umpamanya situasi tempat kerja yang mendedakan wajah mereka kepada panas terik cahaya matahari secara berterusan, perubahan hormon disebabkan oleh faktor yang pelbagai serta amalan merokok adalah antara faktor yang menpercepatkan proses penuan dan kehadiran kedutan-kedutan di wajah.

Untuk pembaca eelleebeauty sekalian, saya ingin berkongsi sedikit amalan mudah yang boleh menjadikan kulit kita kelihatan lebih muda.


.
MINUM AIR DALAM KUANTITI YANG SECUKUPNYA.

Air merupakan komponen terpenting tubuh badan manusia dengan ianya mewakili 60% komposisi tubuh kita. Kebanyakan sistem tubuh badan berfungsi dengan air adalah komponen utama kepada setiap sistem. Misalnya sistem perkumuhan. Setiap makanan yang masuk ke dalam tubuh badan melalui tabiat pemakanan kita akan dicerna melalui sistem penghadaman dan segala nutrien akan diserap atau disimpan oleh tubuh badan kita. Namun tidak semuanya berguna untuk tubuh badan dan sisa toksin yang tidak diperlukan oleh tubuh akan dibuang melalui sistem perkumuhan dimana air kencing akan disingkirkan dari tubuh kita.


air_dalam_gelas
Ramai pakar menyarankan agar anda mengambil sekurang-kurangnya 8 gelas air.



Malah air kencing itu sendiri adalah termasuk didalam sistem pertahanan tubuh dimana ianya adalah sebahagian dari sistem yang mengawal suhu tubuh. Sekiranya sistem tubuh mengesan berlakunya pertambahan suhu badan, haba yang berlebihan akan disingkirkan melalui air kencing itu tadi. Jadi tidak hairanlah kenapa Doktor peribadi anda akan menasihatkan anda untuk meminum lebih air agar lebih banyak air diminum, lebih banyak air kencing boleh disingkirkan, lebih banyak haba yang keluar dari tubuh dan lebih cepatlah suhu tubuh akan kembali stabil ke suhu normal.

Jadi memahami betapa pentingnya air dalam mengekalkan keupayaan sistem tubuh badan kita adalah amat penting dan ianya memerlukan tindakan susulan yang sebetulnya untuk meneruskan kesinambungan sistem ini agar ianya boleh beroperasi secara optimum pada setiap masa.

"Seharusnya, berapakah amaun air yang perlu diambil oleh kita?"


Sebenarnya, tiada jumlah yang tepat untuk setiap orang kerana setiap tubuh badan manusia adalah berbeza bergantung kepada keturunan, tabiat pemakanan dan pelbagai faktor tertentu. Namun Institute of Medicine (USA) ada mencadangkan jumlah pengambilan air sehari sebanyak 3 Liter untuk setiap lelaki dewasa dan 2.2 Liter untuk wanita dewasa. Mereka turut mencadangkan jumlah 2.3 liter air untuk wanita mengandung dan wanita menyusu sebanyak 3.1 liter.



Selain itu juga, kita harus mengawal pengambilan air manis terutamanya yang mengandungi kaffein seperti kopi kerana ianya akan menyebabkan sesorang kerap membuang air kecil. Ini boleh menyebabkan masalah dehidrasi dan kulit kering akibat kekurangan air dalam badan. Juga penting untuk kita mengurangkan pengambilan gula kerana gula berlebihan boleh merosakkan lapisan kolagen yang semulajadinya sudah wujud di bawah lapisan kulit kita.



 .
AMALKAN MEMAKAN BUAH-BUAHAN DAN SAYURAN

Tahukah anda kenapa para doktor sering mansihati anda untuk mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran di dalam menu seharian anda? Jawapannya cukup mudah, kedua-duanya mengandungi khasiat dan vitamin yang berguna untuk kesihatan anda.

Umpamanya buah-buhan seperti limau, jambu batu, buah kiwi, oren mengandungi Vitamin C yang boleh membantu dalam penghasilan kolagen yang secukupnya untuk kulit.

Manakala pengambilan sayur-sayuran seperti lobak merah, tomato dan buah tembikai yang mengandungi beta karotin penting untuk kesihatan kulit.

lobak_merah_vitamin_c_antioksidan
Lobak merah kaya dengan Vitamin C/Antioksidan


Peri-penting pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran yang kaya dengan anti oksidan seperti lobak merah boleh dilihat apabila kajian mendapati bahawa antioksidan boleh membantu mengurangkan masalah kedutan dan kemunculan garis halus pada wajah anda.



















 







0 comment... add one now

Pihak EELLEEBEAUTY sangat menggalakkan komentar dari para pengunjung di ruangan komen yang disediakan. Namun kami berharap para pengunjung dapat memberikan komen yang positif dan mengelakkan komen berbaur politik atau perkauman. Segala komentar yang dilontarkan adalah pendapat peribadi pengunjung tersebut dan tiada kaitan dengan pendapat kami.