5 Tips Elak Ayam Goreng 'Berdarah"

Paling stress apabila menggoreng ayam terutamanya bahagian paha ayam ‘masih berdarah’ atau kurang masak. Walaupun kerap kali menggoreng ayam, perkara yang sama masih berulang juga.

Ayam yang kurang masak tidak elok dimakan kerana ia akan menyebabkan keracunan makanan.
Sebagai suri rumah tangga selama bertahun-tahun, saya nak berkongsi panduan menggoreng ayam.


ayam goreng berdarah
Tips Goreng Ayam Supaya Tidak Berdarah


.
CARA MENGGORENG AYAM


1. PERHATIKAN SAIZ AYAM

Masalah yang selalu dihadapi ialah apabila menggoreng ayam yang bersaiz besar. Oleh itu, saya akan pastikan semasa membeli ayam, saya akan request dengan penjual ayam supaya memotong ayam kepada bahagian yang lebih kecil.
Jika anda ingin makan bahagian ayam yang besar juga, seeloknya anda merebusnya terlebih dahulu ayam tersebut sebelum digoreng.
.
2. MASAK DENGAN API SEDERHANA

Satu lagi masalah ialah kita seringkali masak ayam dengan api yang besar. Konon-kononya nak bagi ayam cepat masak. Ternyata tindakan tersebut amatlah tidak betul.
Cara yang betul ialah semasa hendak memanaskan minyak, gunalah api yang besar. Apabila minyak dah panas, cepat-cepat kecilkan api dan masukkan ayam. Selepas 2-3 minit, kuatkan api ke sederhana dan teruskan goreng ayam sehingga masak.


3. GUNAKAN MINYAK YANG BANYAK

Semasa menggoreng ayam, kita sering kali kedekut minyak. Untuk menggoreng ayam, kita perlukan minyak yang banayk. Minyak yang banyak dapat 'merendam' ayam dan membuat isinya masak rata.


4. CUCUK DENGAN GARFU ATAU KELAR BAHAGIAN AYAM

Satu lagi tips ialah kelar dulu nahagian yang yang besar sebelum menggoreng atau pun boleh cucukkan dengan garfu supaya isi ayam lebih mudah masak ketika digoreng.


5. BIARKAN SEKETIKA

Jangan sesekali menggoreng ayam yang baru dikeluarkan daripada peti sejuk beku. Ayam yang beku hanya akan masak dibahagian luar sahaja sedangkan isi dalam masih mentah. Seeloknya ayam yang masih beku dibiarkan seketika sehingga lembut sebelum digoreng.



Diharapkan kelima-lima tip ringkas ini dapat membantu anda untuk menghasilkan ayam goreng yang masak sepenuhnya. Selamat mencuba.

0 comment... add one now

Pihak EELLEEBEAUTY sangat menggalakkan komentar dari para pengunjung di ruangan komen yang disediakan. Namun kami berharap para pengunjung dapat memberikan komen yang positif dan mengelakkan komen berbaur politik atau perkauman. Segala komentar yang dilontarkan adalah pendapat peribadi pengunjung tersebut dan tiada kaitan dengan pendapat kami.