Pejam celik pejam celik... Dah 2 juta...

LAMA BETUL TAK MENULIS

Uish. Lama betul rasanya Yana tak menulis. Terkejut bila encik suami maklumkan yang mana blog eelleebeauty ni dah capai 2 juta pageview (PV).


pageview_eelleebeauty


Bila Yana check artikel last yang Yana publish kat eelleebeauty ni, rupanya kali terakhir Yana publish artikel adalah pada bulan Febuari 2016. Dah setahun lebih rupanya. Pada masa tersebut, blog ini belum capai 1juta PV lagi pun.

Ingatkan bila dah lama tak update artikel, jumlah PV akan merosot dengan teruknya. Tapi bila check kat blogger ni rupanya statistik bagitau yang secara puratanya blog eelleebeauty ini mencatatkan jumlah lebih 70k PV setiap bulan.

Lately Yana sebenarnya sibuk menguruskan rumah tangga dan sebagai suri rumah, tanggungjawab lebih terarah untuk menguruskan perjalanan rumah tangga termasuklah menjaga cahaya mata demi kepuasan peribadi.

Hehe.


MACAM MANA BLOG INI BERMULA?

Banyak betul perkara yang berlaku sepanjang Yana memulakan blog ini. Bermula dari perasaan ingin menjana pendapatan dari rumah semasa tamat belajar, kemudian berada di alam kerjaya, berumah tangga dan kini sudahpun mempunyai seorang cahaya mata.

Terasa cepat betul masa berlalu. Aliff pun dah nak masuk 2 tahun dah umurnya.



BLOG INI DAH ADA PENDAPATAN SENDIRI

Mungkin ada yang terperasan blog ini dah ada adsense. Sebenarnya dulu Yana dah ada akaun Adsense yang didaftarkan untuk blog lain. Tapi oleh kerana Yana dapat Full Account Google Adsense, maka Yana boleh la letak code Adsense kat mana-mana laman yang menepati garis panduan google. Sempatlah juga merasa income USD sebelum akaun itu digantung oleh google atas alasan yang kurang jelas.

Sebenarnya Yana punya beberapa blog lagi termasuk blog berbahasa Inggeris untuk memudahkan pendaftaran adsense. Jadi setelah akaun yang ada dibatalkan, timbul rasa nak saja tutup blog ni sebab dah ak nak tanggung kos renew domain. Kos domain setahun boleh sahaja mencecah RM 40 ringgit setahun. Tapi bila difikirkan balik sayang pula nak tutup blog yang Yana fikir mungkin boleh bagi manfaat untuk orang lain.

Jadi bila Yana tengok bahawa blog ini masih mampu mencatatkan jumlah PV yang memberangsangkan biarpun tidak berupdate, timbul rasa nak menulis balik. Dan bila check blog ini rupanya blog ini dah ada akaun adsense yang mana encik suami tolong daftarkan.

Akaun yang dah berusia 4 bulan ini secara puratanya memberikan pendapatan sebanyak lebih kurang 10 USD sebulan. Hehe. Sikit je sebenarnya. Tapi oklah jika nak dibandingkan dengan publisher lain.Kiranya pendapatan yang sedikit ini dah boleh tampung kos domain dan inshaallah boleh buat masuk tabung. Cehhhhh.



HAPPY BIRTHDAY MY SON

Lagi empat hari genaplah usia Muhammad Aliff Muhammad Faris'izzat. Seronok rasanya bergelar suri rumah tangga kerana kita mendapat kepuasan melihat anak membesar di depan mata sendiri. Yana tahu, kat luar sana ramai ibu-ibu yang turut berkongsi perasaan yang sama dengan Yana. Biarpun agak letih kerana kami surirumah berkerja 24/7 dan tiada cuti am atau khas, demam pun takde MC, tapi kami percaya kerja kami ada nilai yang tinggi di sisi Allah SWT.










0 comment... add one now

Pihak EELLEEBEAUTY sangat menggalakkan komentar dari para pengunjung di ruangan komen yang disediakan. Namun kami berharap para pengunjung dapat memberikan komen yang positif dan mengelakkan komen berbaur politik atau perkauman. Segala komentar yang dilontarkan adalah pendapat peribadi pengunjung tersebut dan tiada kaitan dengan pendapat kami.