VIDEO: Kaedah untuk clearkan memori iPhone anda

Ada tak sesiapa kat sini yang masih lagi guna peranti iOS entry level yang berkapasiti 16gb?

Pernah tak anda rasa frust bilamana mahu tangkap gambar, rakam video dan tiba-tiba dapat notifikasi bahawa memory iPhone anda telah penuh. Sakit hati kan?

Hehe. Takpe. Anda sedang berada di tempat yang betul di mana Yana akan tunjukkan cara-cara bagaimana untuk clearkan memory iPhone anda.





MACAM MANA MEMORI IPHONE BOLEH PENUH?

Umum mengetahui dengan peningkatan kualiti kamera yang dipasang di iPhone, ini bermakna setiap gambar dan video yang diambil selain lebih cantik, ianya memakan lebih banyak ruangan storan iPhone anda.





Misalnya untuk iPhone 6S yang mempunyai kemampuan merakam video beresolusi 4K, setiap video yang mempunyai durasi seminit atau 60 saat akan menelan sebanyak lebih kurang 350 MB dari storan anda. Jadi untuk setiap video ringkas yang berdurasi 3 minit yang anda ambil boleh sahaja memakan ruang storan sebanyak 1GB tanpa anda sedari.




BAGAIMANA MAHU CLEARKAN MEMORI

Untuk memudahkan anda semua belajar cara-cara clearkan cache memori iPhone anda, Yana dah hasilkan satu video ringkas bagaimana nak clearkan memori,

Kebiasaannya, cache boleh sahaja memakan lebih kurang 1GB dari saiz sebenar storan anda.





Untuk itu, anda boleh amalkan tips ini setiap kali anda mengalami masalah memori penuh. Mudah bukan?

0 comment... add one now

Pihak EELLEEBEAUTY sangat menggalakkan komentar dari para pengunjung di ruangan komen yang disediakan. Namun kami berharap para pengunjung dapat memberikan komen yang positif dan mengelakkan komen berbaur politik atau perkauman. Segala komentar yang dilontarkan adalah pendapat peribadi pengunjung tersebut dan tiada kaitan dengan pendapat kami.