Berbekalkan ilmu itu jugalah sedikit sebanyak Yana belajar selok belok dunia masakan.
Kali ini Yana akan kongsikan 8 lagi kegunaan lain microwave selain daripada digunakan untuk memanaskan makanan.
1. Perah lemon dengan mudah
Biasanya nak dapatkan jus lemon punyalah susah nak perah. Habis tenaga diperuntukkan untuk mendapatkan jus lemon yang banyak. Petuanya, sebelum membuat jus limau atau lemon, panaskan buah yang telah dipotong di dalam microwave selama 10-15 saat. Ia akan membuat lemon atau limau diperah dengan lebih mudah hingga titisan yang terakhir. Itu dia, senangkan, panaskan dulu dalam microwave.
BACA: Rahsia Rawat Tumit Kaki Merekah Kini Terbongkar
2. Kupas bawang putih tanpa rasa sakit mata
Siapa ada masalah nak kupas bawang putih? Kadang-kadang kupas bawang putih ini boleh sakit mata. Caranya panaskan bawang di dalam microwave selama 15 saat dan bawang putih akan dapat dikupas lebih mudah.
3. Lembabkan roti yang kering
Yana kalau beli roti, selalu ada masalah. Bukan masalah apa, masalah roti keras. Hehe. Jika roti yang dibeli menjadi keras, caranya bungkus dalam tuala kertas lembap dan masukkan ke dalam microwave selama 20 saat. Wap air dari tuala akan meresap ke dalam roti. Dah jadi roti tu lembab.

4. Bersihkan span
Tanpa kita sedar, di span terdapat banyak bakteria ( 99.8% daripadanya adalah E. coli dan Salmonella). Cara nak bersihkan span ini dari bakteria ialah panaskan span di dalam microwave. Cubalah sendiri: Penuhi span dengan air dan letakkan dalam microwave selama 60 saat.
5. Kacang bakar/panggang DIY
Teringin sangat nak makan kacang panggang. Caranya letakkan kacang dalam mangkuk microwave, tambah sedikit minyak, dan panaskan dalam microwave selama satu minit, kacau selepas setiap satu minit. Masa memasak berbeza-beza bergantung kepada jenis dan jumlah kacang yang anda gunakan, tetapi masa maksimum yang diambil adalah kira-kira lima minit. Dah pun siap kacang panggang.

Selamat mencuba!